Tuesday, May 11, 2010

Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 dan 16

PERATURAN PERLAWANAN BOLA TAMPAR SEMPENA

KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 14 DAN 16 TAHUN LELAKI

TERBUKA SEKOLAH IZZUDDIN SHAH

NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

TAHUN 2010

1.0 NAMA PERTANDINGAN

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 dan 16 Tahun Terbuka Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

2.0 TARIKH KEJOHANAN

2.1 Pertandingan ini akan dikelolakan oleh Kelab Bola Tampar Sekolah Izzuddin Shah, dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Amatur Perak (PAVA) dari segi pengadilan.

2.2 Tarikh kejohanan untuk Bawah 14 tahun ialah pada 24 Julai 2010 ( Sabtu).

2.3 Tarikh kejohanan untuk Bawah 16 tahun ialah pada 25 Julai 2010 (Ahad).

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan pelajar teknik permainan bola tampar di peringkat awal.

3.2 Mendedahkan pelajar peraturan pemainan bola tampar mengikut peraturan PAVA.

3.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara sekolah yang terlibat.

3.4 Mengcungkil bakat terpendam dikalangan pelajar dalam pemainan bola tampar.

4.0 MATLAMAT

Melahirkan pemain yang mempunyai kualiti permainan yang tinggi.

5.0 PENYERTAAN

3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar SMAN / SABK/ SMAR dan sekolah jemputan seluruh Negeri Perak.

3.2 Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja untuk bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun.

6.0 BILANGAN AHLI PASUKAN

Untuk mengurangkan kos perbelanjaan maka setiap pasukan dihadkan kepada bilangan ahli seperti berikut :

6.1 1 Pengurus merangkap sebagai Jurulatih.

6.3 10 orang pemain sahaja.

7.0 KELAYAKKAN PEMAIN

7.1 Pemain hendaklah seorang pelajar SMAN / SABK/ SMAR Negeri Perak atau sekolah jemputan yang dibenarkan sahaja.

7.2 Umur pemain untuk Kejohanan Bawah 14 tahun tidak lebih 14 tahun pada

1 Januari 2010 iaitu bererti lahir pada tahun 1996 dan seterusnya.

7.3 Umur pemain untuk Kejohanan Bawah 16 tahun tidak lebih 16 tahun pada

1 Januari 2010 iaitu bererti lahir pada tahun 1994 dan seterusnya.

7.4 Pemain yang telah bermain untuk Kejohanan Bawah 14 tahun, layak sekali lagi untuk bermain dalam Kejohanan Bawah 16 tahun untuk sekolah yang sama.

7.5 Setiap pemain hendaklah membawa kad pengenalan asal dan salinan asal yang telah disahkan.

7.6 Pemain yang melanggar syarat 7.2 atau 7.3 akan dikenakan panalti untuk pasukannya. Bentuk penalti akan ditentukan oleh Jemaah Juri Rayuan.

7.7 Pertukaran pemain selepas perlawanan pertama bermula tidak akan dibenarkan.

7.8 Setiap pemain hanya boleh didaftarkan untuk mewakili satu pasukan/sekolah sahaja. Walau bagaimanapun perkara 7.4 dibenarkan untuk sekolah yang sama.

8.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

8.1 Selain peraturan-peraturan yang terkandung dalam MSS Perak, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) yang sedang dikuatkuasakan.

8.2 Walaubagaimanapun, sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal.

8.3 Sekiranya timbul sebarang masalah penafsiran,undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

8.4 Sebarang kejadian di luar dugaan yang dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur dan keputusanya adalah muktamad.

9.0 SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Sekiranya penyertaan tidak melebihi 5 pasukan, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan yang terbaik akan menjadi juara pertandingan.

9.2 Sekiranya penyertaan di antara 6-9 pasukan, di peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan di dalam 2/3 kumpulan iaitu kumpulan A, B atau C.

9.3 Jika terdapat 3 kumpulan, Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan memasuki pusingan ke-2. Johan dan Naib Johan kumpulan akan di pisahkan dalam kumpulan X dan Y. Kedudukan susunan dalam kumpulan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur.

9.4 Jika hanya terdapat 2 kumpulan sahaja maka Johan dan Naib Johan akan bertemu secara silang diperingkat separuh akhir.

9.5 Pasukan Juara pada tahun sebelumnya akan mengetuai kumpulan A dan pasukan Naib Juara akan mengetuai kumpulan B dan tempat ketiga mengetuai kumpulan C. Pasukan lain akan diundi oleh Jawatankuasa Pengelola.

10.0 PEMBERIAN MATA

10.1 Sistem pemberian mata adalah seperti berikut:-

10.1.1 Pasukan menang :- 2 mata

10.1.2 Pasukan kalah :- 0 mata

10.1.3 Pembatalan teknikal :- kalah 2 - 0

10.2 Sekiranya terdapat pasukan yang mendapat mata yang sama,maka kaedah set akan digunakan:-

C=A/B :

Dimana A = jumlah set menang ( semua perlawanan)

B = jumlah set kalah ( semua perlawanan)

C = nisbah mata

10.3 Pasukan yang mendapat nisbah set (nilai C ) lebih tinggi akan dikira menang.

10.4 Sekiranya terdapat pasukan yang mendapat nisbah set yang sama maka kaedah nisbah mata akan digunakan iaitu :-

Z = X/Y :

Dimana X = jumlah mata menang ( semua perlawanan)

Y = jumlah mata kalah ( semua perlawanan)

Z = nisbah mata

10.5 Pasukan yang mendapat nisbah mata (nilai Z ) lebih tinggi akan dikira menang.

10.6 Sekiranya masih berlaku seri pada perakara 10.5, sila rujuk jika kedua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat awal, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawannya akan dikira pemenang.

10.7 Jika tidak pernah bertemu, keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi atau seumpamanya.

11.0 PEMBATALAN ( WOLKOVER )

11.1 Tiap-tiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 15 minit sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan.

11.2 Jika satu pasukan yang datang lewat 15 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab munasabah, pasukan tersebut akan dianggap kalah dan pasukan lawannya akan diberikan kemenangan percuma.

11.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanan-perlawanan berikutnya dan semua keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan ini sebelumnya akan dibatalkan.

12.0 PENGADIL

12.1 Pengerusi Teknik Bola Tampar Kejohanan Sukan ini akan melantik pengadil yang bertauliah untuk bertugas sepanjang pertandingan.

12.2 Persatuan Bola Tampar Amatur Perak (PAVA) akan dipanggil untuk memantau semua pengadil.

12.3 Tiga orang pengadil akan terlibat setiap perlawanan iaitu R1, R2 dan Scoreer.

12.4 Keputusan pengadil adalah muktamad.

13.0 PENGGANTUNGAN

13.1 Jika terdapat pemain yang melanggar peraturan, maka keputusan kemenangan semua perlawanan pasukannya yang ia sertai akan ditentukan oleh Jawatankuasa Displin.

13.2 Jika seorang pemain berkelakuan buruk, biadab serta tidak menunjukkan semangat kesukanan, dia dengan sendirinya ditegah bermain untuk perlawanan tersebut atau perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Displin membuat keputusan.

13.2 Jawatankuasa Displin adalah terdiri daripada Pengetua sekolah pengelola, Pengerusi Teknikal Bola Tampar, 2 orang wakil urusetia kejohanan dan 2 orang pengurus/jurulatih yang berkecuali. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk membuat keputusan jika tindakan disiplin perlu diambil berkaitan perkara 13.1 dan 13.2.

13.3 Jawatankuasa ini berhak untuk mendapatkan maklumat dari mana-mana pihak yang terbabit dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan. Keputusan adalah muktamad tanpa rayuan.

14.0 BANTAHAN

14.1 Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Teknikal Bola Tampar secara bertulis sejam selepas sesuatu perlawanan tamat. Di dalam surat bantahan tersebut hendaklah dinyatakan 2 orang saksi untuk mengesahkan bantahan tersebut.

14.2 Wang bantahan sebanyak RM100/= perlu disertakan bersama surat bantahan. Sekiranya bantahan diterima dan diakui benar, maka wang tersebut akan dikembalikan. Sekiranya bantahan tidak diterima, wang tersebut akan hangus dan akan dimasukkan dalam tabung pihak pengelola.

15.0 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap perlawanan akan bermain mengikut jadual yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, pihak pengelola mempunyai hak untuk meminda jadual perlawanan jika perlu dan akan memaklumkan kepada pengurus/jurulatih pasukan yang terlibat.

15.2 Selain pegawai-pegawai dan pemain-pemain pasukan bertanding, tiada sesiapapun yang dibenarkan masuk ke dalam gelanggang atau duduk di bangku pemain simpanan.

15.3 Pengurus pasukan/jurulatih adalah bertanggungjawab ke atas displin pemain dan penyokong dari dalam atau luar sekolah mereka.

15.4 Semua pengurus, jurulatih dan pemain hendaklah memakai kasut yang bersesuaian. Tidak dibenarkan memakai seliper/sandal semasa perlawanan.

15.5 Ahli-ahli pasukan yang dibenarkan duduk di bangku pemain simpanan semasa perlawanan adalah;

1 orang pengurus jika ada.

1 orang jurulatih jika ada.

4 orang pemain simpanan yang lengkap memakai jersi.

15.6 Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan jika perlu untuk menyelesaikan kemusykilan yang tidak tercatat di dalam peraturan ini.Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

Disediakan Oleh :

Pengerusi Teknikal

Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 dan 16 Tahun

Terbuka Sekolah Izzuddin Shah.

Sunday, April 11, 2010

Guru-guru Sains dan Matematik SIS

CARTA ORGANISASI BIDANG SAINS DAN MATEMATIK

PENGETUA : TH. HJ. ESMONE MAT ZAINI
B.A. Dakwah & Usuluddin. Madinah.

PEN. KANAN : PN. HJH. HAYATI MOHD AMIN
B.SC(HONS) Sains (Biologi dan Kimia), UKM.

PEN. KANAN (HEM) : TH. HJ. AHMAD FAISAL YAHYA

BSC. (HONS) Matematik dan Pengurusan USM.

KETUA BIDANG : IDRIS BIN ABDUL TALIB
B.SC(HONS) Physics UTM, MED. Physics UPSI.

1 2 3

1. Panitia Sains : PN. HJH NOORNIZAH MOHD ZAIN. B.SC (HONS) Kimia dan Peng. Islam USM.

2. Panitia S.Elektif : PN. MARINI BAHRON. B.SC EDU.(HONS) KIMIA UM.

3. Panitia Matematik dan Matematik Tambahan : PN. NURAMILA ABDULLAH. B.A. (HONS) Psikologi Matematik. UIAM

GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK
SPM
FIZIK SPM : IDRIS BIN ABDUL TALIB
BIOLOGI SPM : PN. HJH. HAYATI MOHD AMIN
KIMIA SPM : PN. MARINI BAHRON
MATEMATIK SPM : TH. HJ. AH,AD FAISAL YAHYA, NURAMILA ABDULLAH, RASHIDAH
MAT TAMBAHAN SPM : IDRIS ABD TALIB, NURAMILA ABDULLAH
SAINS SPM : PH. HJH. NOORNIZAH MOHD ZAIN


GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK
PMR
SAINS PMR : PN. MARINI BAHRON, TH. HJ. DASUKI IDRIS
MATEMATIK PMR : MOHD NOOR AHMED ZUBIR, MARDIANA ZAINUDDIN
SAINS TING 1 DAN 2 : TH. HJ. DASUKI, KHAIRUL BARIAH
MAT TING 1 DAN 2 : MOHD NOOR, MARDIANA, HAFNI

Dasuki, Mohd Noor, Rashidah, Khairul Bariah
Hafni

Sunday, April 4, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010 berjalan lancar



Tetamu jemputan En.Mohd Tahir bin Sastero dari JPN.


Tetamu jemputan, Pengetua, dan Timb. Pengerusi PIBG.

Pada 3 April 2010 yang lepas, SIS telah berjaya mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Pelajar untuk tahun 2009 di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi dan Mesyuarat Agong PIBG. Majlis ini dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu En. Mohd Tahir bin Sastro, Ketua Penolong Pengarah, Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Perak. Dalam majlis ini pihak sekolah telah menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar terbaik dalam Peperiksaan Dalam, PMR, I'DADI, THANAWI, SPM dan STPM 2009. Seramai 16 orang pelajar PMR yang mendapat 9A dan 9 orang pelajar SPM yang mendapat 8A keatas serta seorang pelajar STPM yang mendapat 5P dijemput untuk menerima hadiah dalam majlis ini. Majlis dimulakan pada jam 8.15 pagi dan berakhir dua jam kemudian. Selepas itu tetamu dijemput semua kedewan makan SIS untuk menikmati jamuan.

Pengerusi Majlis Pn. Asiah, dan Pn. Helwana
Pada jam 11.30 pagi berlangsung pula mesyuarat agong PIBG.
Timb. Pengerusi PIBG SIS En. Meor Shaharuddin bin Hashim mengendalikan mesyuarat kerana Pengerusi, Tn. Hj. Awaluddin tidak dapat hadir.
Seramai 153 orang hadir dalam mesyuarat agong PIBG tahun 2010. Mesyuarat tamat pada jam 1.00 petang.

Saturday, April 3, 2010

Ust Mohamad bin Bakar berpindah

Ust. Mohamad bin Bakar


Ust Mohamad di Majlis meraikan perpisahan beliau.

Hari ini 31 Mac 2010, SIS kehilangan seorang lagi guru selepas Ust. Munawir. Kali ini guru yang sangat lama berada di SIS melebihi 20 tahun. Guru tersebut ialah Ust. Mohamad bin Bakar. Dalam kes Ust Munawir, beliau diarahkan bertukar tetapi Ust Mohamad sengaja memohon ditukarkan ke sebuah sekolah wang baru diwujudkan. Dalam kenyataan Ust Mohamad semasa meraikan Majlis Perisahan, beliau sengaja memohon kepada MB Perak untuk ditukarkan ke sekolah tersebut yang sememangnya ketiadaan guru dan warden. Sekolah yang di maksudkan ialah Sekolah Tahfiz Al-Quran Pulau Pangkor. Sekolah ini baru diwujudan pada awal tahun 2010 dan mempunyai pelajar seramai 30 orang. Buat masa ini penyelaras sekolah ini ialah Ust. Musanif dari JAIPK.

Ust Munawir berpindah ke SARJANA

Ust Munawir b. Salahuddin
Sempat menyampaikan ceramah Maulidur Rasul dan hadiah dari pihak sekolah.
Hari ini, 12 Mac 2010 dalam Kenangan apabila Ust Munawir bin Salahuddin yang telah 6 tahun mengajar di SIS diraikan kerana akan berpindah ke Sekolah Raja Dr. Nazrin Shah, Kampung Gajah. Beliau sangat popular di dalam slot ceramah agama radio RTM Perak. Beliau diarahkan berpindah dan mendaftarkan diri pada 16 Mac 2010. Dalam meraikan Majlis Perpisahan, beliau diberi peluang menyampaikan Ceramah Maulidur Rasul di Dewan SIS yang dihadiri semua guru dan pelajar SIS. Kemudian sesi bersalaman dengan semua guru dan pelajar SIS. Akhir sekali penyampaian hadiah kenang-kenangan.

Thursday, April 1, 2010

TAKWIM BIDANG SAINS DAN MATHS SIS 2010

BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN Guru Bertanggung-jawab
1 Mesyuarat Panitia Awal Jan Ketua Panitia
2 Pengajaran /Pembelajaran Berdasarkan sukatan T1 – T5
Jan – Ogos
3 Penyediaan Bahan P&P Jan – Mei
4 Pelaksanaan PEKA Feb – Mei
5 Program PPSMI, Ting. 1 & 4 Jan Amila,K.B.Mard
6 Placement Test Ting.1 Jan M.Noor
7 Pencerapan Buku Lat. Meng. 1 & 2 Mac, Jun Ketua Panitia
8 Pemantauan P& P Feb – Sept Pentadbiran
9 Pemantauan PBS/PEKA Mei Penyelia Kws.
10 Kem Sains & M. F3 Fasa I 26 – 28 Mac M.Noor/ -.
11 Kem Sains & M. F5 Fasa I 9 – 11 April Amila/-.
12 Pembimbing Rakan Sebaya Jan – Jun Ketua Pelajar
13 Kem Sains & M. F3 Fasa II 9 – 11 Julai M.Noor/ -.
14 Diagnostik Test F3 & F5
(Modul ATS ) Feb - Sept Guru Tui/Kelas Tamb
15 Seminar PMR Mei – Julai
16 Seminar SPM Mei - Julai
17 Minggu Sains dan M. 20 – 24 April Marini/Semua G.
18 Mural Sains. Feb – April Dasuki/G.Prakt.
19 Ujian Selaras 1 dan 2 Mac dan Ogos
20 Kelas Tambahan Feb – Sept
21 Pep. Pertengahan Tahun Mei
22 Assessment for Learning SPM
Berdasarkan ATS 2003-2010 dalam
Kem Sains dan Mat. F5 Fasa II 23 – 25 Julai Amila/ -
23 Pep.Akhir Tahun/Percub Oktober
24 Maklum Proses P&P Guru
Sains dan Matematik Oktober Guru Sains dan Mat
25 Kem Kecemerlangan SPM
F 4 dan PMR F2 untuk
tahun 2011. 12, 13, 14 Nov Amila/Semua G.

Disediakan oleh:

Ketua Bidang Sains.

Latihan Kebakaran

Penerangan latihan kebakaran dan cara memadam api.

Pada jam 8.30 pagi, 1 April 2010, semua pelajar dikejutkan dengan bunyi siren kebakaran seluruh sekolah. Rupa-rupanya adalah latihan kebakaran. Dalam latihan ini pihak bomba memuji pelajar kerana dapat berkumpul dalam masa 5 minit di padang. Kemudian pertunjukkan memadam kebakaran dan penerangan jenis-jenis alat pemadam api diterangkan.