Tuesday, May 11, 2010

Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 dan 16

PERATURAN PERLAWANAN BOLA TAMPAR SEMPENA

KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 14 DAN 16 TAHUN LELAKI

TERBUKA SEKOLAH IZZUDDIN SHAH

NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

TAHUN 2010

1.0 NAMA PERTANDINGAN

Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 dan 16 Tahun Terbuka Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

2.0 TARIKH KEJOHANAN

2.1 Pertandingan ini akan dikelolakan oleh Kelab Bola Tampar Sekolah Izzuddin Shah, dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Amatur Perak (PAVA) dari segi pengadilan.

2.2 Tarikh kejohanan untuk Bawah 14 tahun ialah pada 24 Julai 2010 ( Sabtu).

2.3 Tarikh kejohanan untuk Bawah 16 tahun ialah pada 25 Julai 2010 (Ahad).

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan pelajar teknik permainan bola tampar di peringkat awal.

3.2 Mendedahkan pelajar peraturan pemainan bola tampar mengikut peraturan PAVA.

3.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara sekolah yang terlibat.

3.4 Mengcungkil bakat terpendam dikalangan pelajar dalam pemainan bola tampar.

4.0 MATLAMAT

Melahirkan pemain yang mempunyai kualiti permainan yang tinggi.

5.0 PENYERTAAN

3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar SMAN / SABK/ SMAR dan sekolah jemputan seluruh Negeri Perak.

3.2 Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja untuk bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun.

6.0 BILANGAN AHLI PASUKAN

Untuk mengurangkan kos perbelanjaan maka setiap pasukan dihadkan kepada bilangan ahli seperti berikut :

6.1 1 Pengurus merangkap sebagai Jurulatih.

6.3 10 orang pemain sahaja.

7.0 KELAYAKKAN PEMAIN

7.1 Pemain hendaklah seorang pelajar SMAN / SABK/ SMAR Negeri Perak atau sekolah jemputan yang dibenarkan sahaja.

7.2 Umur pemain untuk Kejohanan Bawah 14 tahun tidak lebih 14 tahun pada

1 Januari 2010 iaitu bererti lahir pada tahun 1996 dan seterusnya.

7.3 Umur pemain untuk Kejohanan Bawah 16 tahun tidak lebih 16 tahun pada

1 Januari 2010 iaitu bererti lahir pada tahun 1994 dan seterusnya.

7.4 Pemain yang telah bermain untuk Kejohanan Bawah 14 tahun, layak sekali lagi untuk bermain dalam Kejohanan Bawah 16 tahun untuk sekolah yang sama.

7.5 Setiap pemain hendaklah membawa kad pengenalan asal dan salinan asal yang telah disahkan.

7.6 Pemain yang melanggar syarat 7.2 atau 7.3 akan dikenakan panalti untuk pasukannya. Bentuk penalti akan ditentukan oleh Jemaah Juri Rayuan.

7.7 Pertukaran pemain selepas perlawanan pertama bermula tidak akan dibenarkan.

7.8 Setiap pemain hanya boleh didaftarkan untuk mewakili satu pasukan/sekolah sahaja. Walau bagaimanapun perkara 7.4 dibenarkan untuk sekolah yang sama.

8.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

8.1 Selain peraturan-peraturan yang terkandung dalam MSS Perak, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) yang sedang dikuatkuasakan.

8.2 Walaubagaimanapun, sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal.

8.3 Sekiranya timbul sebarang masalah penafsiran,undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

8.4 Sebarang kejadian di luar dugaan yang dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur dan keputusanya adalah muktamad.

9.0 SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Sekiranya penyertaan tidak melebihi 5 pasukan, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan yang terbaik akan menjadi juara pertandingan.

9.2 Sekiranya penyertaan di antara 6-9 pasukan, di peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan di dalam 2/3 kumpulan iaitu kumpulan A, B atau C.

9.3 Jika terdapat 3 kumpulan, Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan memasuki pusingan ke-2. Johan dan Naib Johan kumpulan akan di pisahkan dalam kumpulan X dan Y. Kedudukan susunan dalam kumpulan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur.

9.4 Jika hanya terdapat 2 kumpulan sahaja maka Johan dan Naib Johan akan bertemu secara silang diperingkat separuh akhir.

9.5 Pasukan Juara pada tahun sebelumnya akan mengetuai kumpulan A dan pasukan Naib Juara akan mengetuai kumpulan B dan tempat ketiga mengetuai kumpulan C. Pasukan lain akan diundi oleh Jawatankuasa Pengelola.

10.0 PEMBERIAN MATA

10.1 Sistem pemberian mata adalah seperti berikut:-

10.1.1 Pasukan menang :- 2 mata

10.1.2 Pasukan kalah :- 0 mata

10.1.3 Pembatalan teknikal :- kalah 2 - 0

10.2 Sekiranya terdapat pasukan yang mendapat mata yang sama,maka kaedah set akan digunakan:-

C=A/B :

Dimana A = jumlah set menang ( semua perlawanan)

B = jumlah set kalah ( semua perlawanan)

C = nisbah mata

10.3 Pasukan yang mendapat nisbah set (nilai C ) lebih tinggi akan dikira menang.

10.4 Sekiranya terdapat pasukan yang mendapat nisbah set yang sama maka kaedah nisbah mata akan digunakan iaitu :-

Z = X/Y :

Dimana X = jumlah mata menang ( semua perlawanan)

Y = jumlah mata kalah ( semua perlawanan)

Z = nisbah mata

10.5 Pasukan yang mendapat nisbah mata (nilai Z ) lebih tinggi akan dikira menang.

10.6 Sekiranya masih berlaku seri pada perakara 10.5, sila rujuk jika kedua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat awal, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawannya akan dikira pemenang.

10.7 Jika tidak pernah bertemu, keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi atau seumpamanya.

11.0 PEMBATALAN ( WOLKOVER )

11.1 Tiap-tiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 15 minit sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan.

11.2 Jika satu pasukan yang datang lewat 15 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab munasabah, pasukan tersebut akan dianggap kalah dan pasukan lawannya akan diberikan kemenangan percuma.

11.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanan-perlawanan berikutnya dan semua keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan ini sebelumnya akan dibatalkan.

12.0 PENGADIL

12.1 Pengerusi Teknik Bola Tampar Kejohanan Sukan ini akan melantik pengadil yang bertauliah untuk bertugas sepanjang pertandingan.

12.2 Persatuan Bola Tampar Amatur Perak (PAVA) akan dipanggil untuk memantau semua pengadil.

12.3 Tiga orang pengadil akan terlibat setiap perlawanan iaitu R1, R2 dan Scoreer.

12.4 Keputusan pengadil adalah muktamad.

13.0 PENGGANTUNGAN

13.1 Jika terdapat pemain yang melanggar peraturan, maka keputusan kemenangan semua perlawanan pasukannya yang ia sertai akan ditentukan oleh Jawatankuasa Displin.

13.2 Jika seorang pemain berkelakuan buruk, biadab serta tidak menunjukkan semangat kesukanan, dia dengan sendirinya ditegah bermain untuk perlawanan tersebut atau perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Displin membuat keputusan.

13.2 Jawatankuasa Displin adalah terdiri daripada Pengetua sekolah pengelola, Pengerusi Teknikal Bola Tampar, 2 orang wakil urusetia kejohanan dan 2 orang pengurus/jurulatih yang berkecuali. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk membuat keputusan jika tindakan disiplin perlu diambil berkaitan perkara 13.1 dan 13.2.

13.3 Jawatankuasa ini berhak untuk mendapatkan maklumat dari mana-mana pihak yang terbabit dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan. Keputusan adalah muktamad tanpa rayuan.

14.0 BANTAHAN

14.1 Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Teknikal Bola Tampar secara bertulis sejam selepas sesuatu perlawanan tamat. Di dalam surat bantahan tersebut hendaklah dinyatakan 2 orang saksi untuk mengesahkan bantahan tersebut.

14.2 Wang bantahan sebanyak RM100/= perlu disertakan bersama surat bantahan. Sekiranya bantahan diterima dan diakui benar, maka wang tersebut akan dikembalikan. Sekiranya bantahan tidak diterima, wang tersebut akan hangus dan akan dimasukkan dalam tabung pihak pengelola.

15.0 HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap perlawanan akan bermain mengikut jadual yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, pihak pengelola mempunyai hak untuk meminda jadual perlawanan jika perlu dan akan memaklumkan kepada pengurus/jurulatih pasukan yang terlibat.

15.2 Selain pegawai-pegawai dan pemain-pemain pasukan bertanding, tiada sesiapapun yang dibenarkan masuk ke dalam gelanggang atau duduk di bangku pemain simpanan.

15.3 Pengurus pasukan/jurulatih adalah bertanggungjawab ke atas displin pemain dan penyokong dari dalam atau luar sekolah mereka.

15.4 Semua pengurus, jurulatih dan pemain hendaklah memakai kasut yang bersesuaian. Tidak dibenarkan memakai seliper/sandal semasa perlawanan.

15.5 Ahli-ahli pasukan yang dibenarkan duduk di bangku pemain simpanan semasa perlawanan adalah;

1 orang pengurus jika ada.

1 orang jurulatih jika ada.

4 orang pemain simpanan yang lengkap memakai jersi.

15.6 Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan jika perlu untuk menyelesaikan kemusykilan yang tidak tercatat di dalam peraturan ini.Keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

Disediakan Oleh :

Pengerusi Teknikal

Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 dan 16 Tahun

Terbuka Sekolah Izzuddin Shah.

No comments:

Post a Comment