Wednesday, March 31, 2010

Keputusan SPM 2009 SIS merosot

Buat pertama kali dalam sejarah, pada tahun dalam peperiksaan SPM 2009, Sekolah SERATA berjaya menandingi SIS dalam dalam SPM 2009. Dalam SPM 2009 SIS mencatatkan keputusan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMK) hanya 3.26 berbanding tahun 2008 iaitu 2.86. Malahan juga dalam tempoh tiga tahun dari 2007 hingga 2009 keputusan SPM SIS terus merosot. Kali merosot sebanyak -0.40 berbanding tahun sebelumnya iaitu -0.08. Kebanyakan mata pelajaran juga merosot antara -0.08 hingga -1.45. Hanya empat mata pelajaran sahaja yang meningkat iaitu B.Inggeris +0.01, B.Arab Tinggi +0.2. Ekonomi Asas +0.41, dan Perdagangan +0.6. Kemerosotan yang agak ketara ini mengejutkan ramai guru hinggakan suasana bilik guru SIS sunyi dan tidak ceria seperti tahun-tahun sebelumnya. Menurut Pengetua Tn. Hj. Esmone, kemerosotan ketara ini ada kaitan dengan masalah disiplin pelajar semasa minggu peperiksaan SPM 2009. Ramai dikalangan pelajar merokok diasrama, fly dan keluar kawasan tanpa mengikut peraturan. Maka tumpuan pelajar terhadap pelajaran disaat-saat akhir sangat berkurangan. Pelajar menggunakan masa disaat-saat akhir dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Bagi mata pelajaran di bawah Bidang Sains dan Matematik GPMK untuk m/p Sains-2.04 merosot -0.55 , Matematik 2.65 merosot -0.36, Kimia 4.26 merosot -1.45, Fizik 3.78 merosot -0.4, Biologi 4.84, merosot -1.19 dan Add Maths 5.04 merosot -0.09. Komen daripada beberapa orang guru sains ada menyatakan, guru mengajar masih seperti biasa malahan tiada perubahan kepada guru yang mengajar di tingkatan lima, penurunan ini disebabkan kekurangan pelajar yang cemerlang lepasan PMR. Menurut guru ini lagi, ramai pelajar lepasan PMR yang cemerlang yang mendapat 9A, meninggalkan SIS. Sekiranya mereka kekal disini dan mendapat keputusan yang baik sudah tentu kelompok ini menurunkan nilai GPMK sekolah. Ini diakui kerana hanya 3 orang sahaja pelajar tingkatan 5 tahun ini yang mempunyai rekod SPM 9A berbanding 16 orang peringkat awal dahulu. Lebih menyedihkan lagi pelajar tingkatan 4 2010 yang mempunyai rekod PMR 9A hanya tinggal seorang sahaja. Jika petunjuk ini dijadikan ukuran maka prentasi SPM akan terus merundum. Apakah punca pelajar yang cemerlang ini tidak mahu kekal di SIS ? Kajian perlu dijalankan.

No comments:

Post a Comment